Industri Kentang A.S.

Kelestarian

Penanam kentang A.S. hanya menggunakan teknik penanaman lestari untuk memastikan tanaman yang sihat dari satu generasi ke satu generasi. Penjagaan tanah dilakukan sepanjang tahun membabitkan tambahan baja kompos, penggiliran tanaman dan penanaman tumbuhan penutup bumi. Ini mengurangkan hakisan tanah dan menambah nutrien secara semula jadi. Pelbagai langkah diambil untuk menyimpan air dan mengurangkan penyejatan dengan memantau pengairan secara berterusan. Teknik perladangan rapi menggunakan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) mengurangkan selanjutnya penggunaan tenaga, air dan input lain. Penanam kentang A.S. menggunakan baja dan racun makhluk perosak secara berhemat untuk menjamin kesihatan dan khasiat kebaikan kentang mereka.

Sustainability Farmer

Penanam kentang A.S. berusaha untuk memulihara alam sekitar dan melindungi sumber semula jadi, tetapi pada masa yang sama menghasilkan kentang yang bermutu tinggi. Amalan pemuliharaan alam sekitar yang digunakan oleh industri kentang A.S termasuk:

  • Kaedah Perladangan Biotik
  • Tanaman Regu
  • Kawalan Makhluk Perosak Secara Semula Jadi
  • Strategi Pengurusan Makhluk Perosak Secara Bersepadu dan Komprehensif
  • Perladangan Tanpa Pemugaran
  • Baja Biologi/Dilepaskan Secara Perlahan-Lahan
  • Kitaran Nutrien
  • Pemeriksaan Alam Sekitar Bebas

Hubungi pejabat wakil Potatoes USA di tempat anda untuk maklumat lanjut tentang amalan perladangan lestari dalam industri kentang A.S.