Industri Kentang A.S.

Keselamatan dan Kualiti Makanan

Kentang A.S. menawarkan kualiti, kekonsistenan dan kepelbagaian yang tiada tandingan. Industri kentang A.S. bergantung pada pengalaman dan penyelidikan untuk mengguna pakai amalan pengeluaran yang terbaik sejak dari peringkat semaian biji benih hingga pungutan hasil. Penggunaan kentang benih yang disahkan berkualiti menghasilkan tanaman kentang yang lebih sihat dan membantu peladang mengurangkan kesan ekologi. Penanam kentang dan pakar agronomi A.S. bekerja keras untuk memantau keperluan tanah dan tanaman. Peralatan teknologi seperti Sistem Penentu Kedudukan Global atau Global Positioning Systems (GPS) berkomputer memastikan pokok kentang yang sensitif mendapat bekalan lembapan, nutrien dan air secukupnya sepanjang tempoh penanaman. Hasil yang diperolehi diperiksa dan digred oleh USDA bagi memastikan ia mematuhi keperluan rasmi mengikut kegunaan yang dikhususkan.

Food Safety Steak

USDA

Pengawasan ketat kerajaan A.S. memastikan keselamatan dan kualiti kentang A.S. dari saat hasil tanaman dikutip hingga penggunaan. Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menguatkuasakan piawaian menerusi Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Haiwan dan Tumbuhan (APHIS), Perkhidmatan Pemasaran Pertanian (AMS) dan Jabatan Pertanian Negeri (SDA).

USDA Logo
  • Piawaian Biji Benih A.S.

    Agensi USDA bekerjasama untuk memastikan kentang benih A.S. yang disahkan berkualiti menepati piawaian ketat kerajaan persekutuan. Untuk biji benih yang dieksport, mereka juga menguatkuasakan Piawaian Eksport A.S. bagi Kentang Benih. USDA juga mengesahkan bahan tumbuhan yang dihantar ke pasaran antrabangsa mematuhi sebarang peraturan fitosanitari kemasukan tambahan yang dikenakan oleh negara destinasi.

  • Peraturan Kentang Segar A.S.

    Selepas hasil tanaman dikutip, kentang A.S. diperiksa dengan rapi. USDA menguatkuasakan piawaian kualiti untuk menentukan saiz, bentuk, dan kecacatan kentang. Ia juga menetapkan gred untuk setiap kentang. Pengasingan kentang mengikut gred akan memastikan pembeli mendapat jenis dan kualiti kentang seperti yang ditetapkan dalam kontrak.

  • Piawaian Kentang Terproses A.S.

    Kentang A.S. yang dihantar untuk pemprosesan juga diasing dan digredkan di bawah pengawasan USDA. Untuk menjamin keselamatan, setiap pemproses kentang A.S. dikawal dan dipantau dengan ketat oleh pemeriksa dari USDA bagi memastikan mereka mematuhi peraturan ketat Analisis Bahaya & Titik Kawalan Kritikal (HACCP) yang dikenakan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan A.S. Untuk sesetengah produk sejuk beku dan ditinkan, syarikat pemproses A.S. mesti juga mematuhi spesifikasi produk yang ditetapkan oleh kerajaan. Amerika Syarikat merupakan satu-satuya negara di dunia yang mewajibkan spesifikasi kerajaan bagi kualiti dan kepanjangan kentang goreng sejuk beku.