Produk Kentang

Kentang Segar A.S.

Bila anda beli kentang segar dari Amerika Syarikat, anda dijamin mendapat kualiti yang tinggi setiap kali dan pelbagai pilihan jenisnya untuk memenuhi setiap keperluan. Anda juga boleh bergantung pada Potatoes USA untuk menyokong operasi anda. Kami menawarkan seminar, bantuan penyediaan menu, program jualan runcit, dan sokongan promosi.

  • Kualiti

    Di Amerika Syarikat, terdapat semua keadaan yang sesuai untuk pengeluaran kentang berkualiti tinggi: tanah subur, musim penanaman dan suhu yang sesuai, air yang banyak, serta industri yang komited dan disokong oleh penyelidikan dan teknologi terkini. Kualiti tinggi dan khasiat pemakanan kentang A.S. bermula dengan benih yang terbaik hasil daripada sistem pensijilan benih A.S. yang ketat.

    Oleh sebab penanaman kentang di Amerika Syarikat adalah perusahaan keluarga, penanam kentang A.S. mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam penjagaan tanaman mereka, yang diwarisi sejak zaman-berzaman. Penanam kentang A.S. juga banyak bergantung pada teknik saintifik yang canggih untuk pemantauan tanah, kandungan air dan keperluan pemakanan tanaman. Selepas dituai, kentang A.S. disimpan dalam kemudahan yang direka bentuk khas bagi memastikan suhu, pencahayaan, kelembapan dan pengaliran udara yang paling sesuai untuk mengekalkan kualitinya.

    Semua kentang A.S. diperiksa dan diasingkan untuk menjamin kualiti maksimum dan kekonsistenan. Hasil tuaian diasingkan mengikut saiz dan gred menggunakan piawaian kualiti yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA). Ini menghasilkan kentang berkualiti tinggi, khususnya dari segi kekonsistenan dan nilai, yang boleh dipercayai oleh pembeli.

  • Jenis

    Terdapat lebih 100 jenis kentang dijual di seluruh Amerika Syarikat. Setiap jenis sesuai dimasukkan ke dalam satu daripada tujuh kategori jenis kentang: russet, merah, putih, kuning, biru/ungu, fingerling (jejari)dan petite (kecil molek). Perbezaan saiz, warna, tekstur dan perisa memberikan pilihan yang luas untuk setiap kegunaan. Amerika Syarikat juga menawarkan pelbagai pilihan gred kentang dan pembungkusan untuk memenuhi setiap keperluan. Pilihan yang begitu banyak membolehkan kentang dijadikan asas bagi pelbagai sajian makanan yang berkhasiat, idea untuk promosi atau resipi yang kontemporari.