Produk Kentang

Kentang Sejuk Beku A.S.

Produk kentang sejuk beku A.S. lebih menyerlah daripada pesaing dan ini menjanjikan kualiti yang lebih baik dan keuntungan lebih tinggi daripada setiap kotak yang anda beli. Kentang kami yang berprestasi tinggi dibekalkan dalam pelbagai bentuk nilai tambah, sesuai untuk sebarang masakan. Potatoes USA juga bekerjasama dengan anda untuk memberikan latihan dan sokongan pemasaran bagi membolehkan anda mencapai jualan dan keuntungan maksimum.

  • Kualiti

    Bukan semua produk kentang sejuk beku dihasilkan dalam bentuk yang sama. Kualiti bermula dengan kentang berkualiti tinggi yang ditanam di A.S., hasil daripada suhu penanaman yang paling sesuai, tanah yang subur dan kepakaran penanam yang diwarisi sejak zaman-berzaman. Kentang A.S. yang dihantar untuk pemprosesan mesti mematuhi piawaian ketat bagi kandungan "pepejal" tinggi dan kandungan gula rendah – betul-betul tepat untuk menghasilkan produk kentang sejuk beku dengan rupa, rasa dan tekstur yang dikehendaki. Bekalan yang banyak sepanjang tahun menjamin rantaian bekalan produk kentang sejuk beku yang konsisten.

    Pemproses A.S. menggunakan terknologi terkini untuk mematuhi piawaian tinggi industri. Produk yang siap diproses disejukbekukan dengan serta-merta untuk mengekalkan kelazatan dan khasiat kebaikan kentang segar. (Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana teknologi moden untuk makanan sejuk beku mengekalkan khasiat pemakanan kentang seperti baru dipetik klik di sini)

    Untuk menjamin keselamatan makanan, setiap pemproses kentang A.S. mematuhi piawaian ketat Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA). Kualiti produk sejuk beku akhir dijamin selanjutnya oleh piawaian kerajaan. Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara di dunia yang mewajibkan Piawaian Penggredan USDA bagi kentang sejuk beku.

  • Keuntungan

    Kentang sejuk beku A.S. memberikan nilai yang terbaik. Kentang goreng sejuk beku A.S. dibuat daripada kentang Russet bermutu premium, yang ditanam hingga mencapai saiz yang tepat untuk menghasilkan kentang goreng lebih panjang dengan peratusan lebih tinggi. Satu kajian di Oregon State University yang membandingkan kentang goreng Extra Long Fancy A.S. dengan kentang goreng gred paling tinggi daripada pembekal lain di dunia mendapati setiap kotak kentang goreng A.S. menghasilkan lebih banyak hidangan disebabkan ukurannya yang lebih panjang. 

    Penghasilan lebih banyak hidangan hanya sebahagian daripada kelebihan kentang sejuk beku A.S. Kandungan pepejal tinggi/lembapan rendah menjimatkan minyak yang mahal untuk menggoreng. Anda juga boleh mengurangkan kos tenaga buruh, dengan memanfaatkan kesenangan yang dibawakan oleh kentang sejuk beku bagi mengurangkan masa membuat persediaan. Akhir sekali, kentang sejuk beku A.S. mempunyai warna yang menarik, tekstur yang gebu dan perisa kentang sebenar yang akan membuat pelanggan sentiasa ingin kembali menjamu selera lagi.

    Kepelbagaian pilihan produk A.S. juga membantu menjana jualan. Di kebanyakan restoran, bahagian kentang goreng adalah bahagian yang paling menguntungkan. Hasil penyelidikan universiti menunjukkan bahawa tambahan produk kentang kedua meningkatkan jumlah jualan kentang daripada 20 kepada 40 peratus sebagaimana ditunjukkan oleh penyelidikan perkhidmatan makanan.

  • Jenis

    Pelbagai jenis produk kentang sejuk beku A.S. boleh membantu anda menangani cabaran menyediakan menu dan produk yang sihat, menyenangkan dan membawakan sentuhan global untuk dinikmati pelanggan anda. Pemproses produk sejuk beku A.S. menawarkan produk yang boleh menambah daya tarikan menu dan sesuai untuk segala keperluan – sarapan, makan tengah hari, makan malam, atau snek.

    Keupayaan kentang goreng meningkatkan keuntungan hanya permulaan. Pemproses A.S. menawarkan produk untuk disesuaikan dengan segala keperluan anda – daripada potongan khusus yang paling sesuai dijadikan bahan moden untuk sajian kreatif dan kentang bersalut tepung yang memanjangkan masa pegangan– hingga produk yang menjimatkan tenaga pekerja seperti kentang bakar sejuk beku bulat, potongan separuh kulit sejuk beku, dan kentang IQF (individually quick frozen atau disejuk beku segera secara berasingan) kerepek, hiris dan dadu.