Produk Kentang

Kentang Nyahhidrat A.S.

Apabila anda membeli kentang nyahhidrat bermutu tinggi A.S., anda mendapat kentang sebenar, cuma dengan kandungan airnya yang disingkirkan. Produk kentang nyahhidrat A.S. menjanjikan segala perisa, khasiat pemakanan dan keserbagunaan kentang dalam pakej yang lebih menyenangkan – dan merupakan bahan sempurna bagi segala sajian baik sup dan salad mahupun hidangan utama dan manisan. Sebagai pelanggan kentang A.S., anda juga mendapat sokongan daripada Potatoes USA untuk mengembangkan perniagaan anda. Kami menyediakan latihan dan bantuan resipi, sampel produk dan sokongan promosi.

  • Kualiti

    Kentang sebenar, prestasi sebenar.

    Kualiti A.S. bermula di ladang, di mana keadaan penanaman paling sesuai dan pengalaman turun-temurun menghasilkan kentang yang konsisten dan berperisa. Kentang nyahhidrat A.S. lazimnya dihasilkan daripada kentang Russet isi putih berkrim yang menjalani proses lanjutan untuk menghasilkan produk kentang nyahhidrat premium. Kilang di mana kentang A.S. dijadikan produk nyahhidrat menggunakan teknologi terkini supaya produk yang dihidratkan semula mengekalkan tekstur dan rasa kentang semula jadi yang segar. Semua kilang A.S. memenuhi keperluan ketat kerajaan untuk menjamin kekonsistenan, keselamatan dan kualiti produk.

  • Keuntungan

    Kentang nyahhidrat A.S. menjimatkan masa dan tenaga

    Tidak perlu membasuh, mengupas dan merebus kentang. Dengan kentang nyahhidrat A.S, anda mempunyai bahan serba guna di hujung jari anda dengan persediaan minimum. Bahan masakan menyenangkan ini mudah untuk disimpan dan sedia digunakan pada bila-bila masa. Ia boleh digunakan terus dari pek, atau dihidratkan semula dengan pantas di dalam resipi dengan proses mudah satu langkah. Sos dan perasa boleh disebatikan ke dalam produk kering atau gunakan kentang yang disediakan sebagai asas bagi menyediakan sajian inovatif.

    Kentang nyahhidrat mudah untuk dihantar. Ia juga menghasilkan nilai yang hebat, dengan satu kilo produk nyahhidrat menjadi kira-kira lima kilo apabila dihidratkan semula. Jangka hayatnya yang panjang sehingga dua tahun mengurangkan bahan buangan dan meringkaskan pengurusan inventori.

  • Kepelbagaian

    Industri kentang A.S. menghasilkan banyak jenis kentang nyahhidrat. Tidak banyak produk yang boleh menandingi keserbagunaan bahan yang mempunyai pelbagai fungsi ini. Kentang dadu, hiris, cincang, emping, bebutir dan tepung— produk ini digunakan di restoran, deli, kedai kopi, institusi, bakeri dan kilang snek di seluruh dunia. Ada banyak sebab untuk menggunakannya, di samping pelbagai cara untuk menyediakan. Antara manfaatnya termasuk menambah kelazatan rasa, meningkatkan khasiat pemakanan, memperbaiki tekstur dan menambah hasil doh.

    Syarikat pemproses A.S. boleh membekalkan produk nyahhidrat dengan spesifikasi berbeza mengikut keperluan pelanggan. Ini termasuk produk dieksport ke negara yang mengenakan sekatan import.