Produk Kentang

Kentang Kerepek A.S.

Amerika Syarikat mendahului dunia dalam pengeluaran kerepek kentang disebabkan kentang kerepek A.S. yang bermutu tinggi. Syarikat-syarikat di seluruh dunia boleh mendapatkan bekalan kentang kerepek yang berkualiti tinggi ini untuk diproses di kemudahan mereka. Kentang kerepek A.S. menawarkan pelbagai pilihan jenis kepada pembeli manakala kawasan tanaman yang berlainan di Amerika Syarikat membolehkannya didapati sepanjang tahun. Potatoes USA juga menawarkan sokongan kepada pelanggan A.S. termasuk maklumat tentang jenis kentang dan pembekal; bantuan teknikal semasa penghantaran, penerimaan dan pemprosesan; dan program pengedaran sampel kentang kerepek.

  • Kualiti

    Kualiti A.S. bermula dengan benih yang disahkan berkualiti dan terbaik untuk ditanam di tanah A.S. yang subur dan iklim paling sesuai untuk penanaman kentang. Penanam kentang A.S. berusaha untuk menggunakan amalan pengeluaran terbaik bagi menjamin tanaman yang sihat. Ketelitian mengutip hasil tanaman, pengendalian yang wajar, dan peralatan moden membantu mengekalkan kualiti kentang kerepek yang tertinggi, dari ladang ke kilang pengeluaran.

    Cara yang sewajarnya untuk menyimpan pelbagai jenis kentang kerepek sangat penting. Di Amerika Syarikat, kentang disimpan dalam kemudahan moden yang menggunakan teknologi terkini. Ini memanjangkan jangka hayat kentang dalam simpanan. Seperti semua kentang yang ditanam di Amerika Syarikat, kentang kerepek A.S. diperiksa, disisih dan digred dengan menggunakan piawaian ketat industri A.S. sebagaimana yang dikehendaki oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA).

  • Keuntungan

    A.S. menawarkan banyak jenis kentang yang sesuai untuk kegunaan pengeluaran yang berlainan. Kentang kerepek A.S. boleh didapati untuk eksport sepanjang dua belas bulan setahun. Pelbagai jenis kentang kerepek yang ditanam di A.S. mempunyai keperluan penyimpanan, penghantaran dan ciri yang berlainan. Oleh itu, adalah penting untuk bekerjasama dengan pembekal anda bagi menentukan kentang yang paling baik untuk keperluan anda. Kentang A.S. untuk pemprosesan kerepek umumnya ditanam di bawah kontrak. Pemberian kontrak kepada penanam sebelum memulakan tanaman akan memastikan anda benar-benar mendapat apa yang anda perlukan.

RINGKASAN JENIS KENTANG KEREPEK AS

JenisGravitiKematanganTempoh SimpananBentuk UbiWarna KulitWarna Isi
ALTURASTinggiLewatSingkatLonjongPerangPutih
ANDOVERSederhanaAwal to Tengah MusimSederhanaPendek BujurPutihPutih
ATLANTICTinggiTengah MusimSederhanaPendek BujurKuning LebamPutih
CHIPETATinggiMid to LateSederhanaPendek BujurPutih - PerangPutih
DAKOTA PEARLSed to TinggiTengah MusimPanjangBulatPutihPutih
IVORY CRISPTinggiTengah MusimSederhanaBulatPutihPutih
KENNEBECSed to TinggiTengah MusimSederhanaPendek BujurKuning LebamPutih
LACHIPPERSederhanaTengah MusimPanjangPendek BujurPutihPutih
MARCYSed-TinggiTengah MusimPanjangBulat - BujurPutihPutih
MEGACHIPSed-TinggiLewatPanjangBulat - BujurPutihPutih
NORVALLEYSederhanaTengah MusimSederhanaBulat - Bujur PanjangPutihPutih Susu
NORWISSederhanaTengah MusimSingkatBujurPutih - PerangKuning Pucat
PIKETinggiMidseasonSederhanaPendek BujurKuning LebamPutih
REBASederhanaMid to LewatPanjangPendek BujurPutihPutih
SNOWDENTinggiLewatSingkatBulatPerangPutih