Industri Kentang A.S.

Pengira Keuntungan

Pakar di Stesen Eksperimen Pusat Inovasi Makanan di Oregon State University* dengan gigih menjalankan penyelidikan terhadap sumbangan kepanjangan kentang goreng kepada saiz hidangan, dan mencipta serta menguji satu formula menggunakan bekas hidangan "pencedok kentang goreng" biasa bagi mengira hasil hidangan daripada setiap kotak dengan cepat berdasarkan kepanjangan kentang goreng.

Jika anda tahu spesifikasi kepanjangan produk kentang goreng anda – iaitu peratusan kepanjangan kentang goreng berlainan yang membentuk produk anda – anda boleh menentukan dengan cepat hasil hidangan setiap kotak, berdasarkan penyelidikan OSU; kos anda untuk setiap hidangan; dan membuat perbandingan dengan hasil dan dan kos setiap hidangan yang dijangkakan dengan kentang goreng Extra Long Fancy Gred A USDA, sebagaimana yang ditentukan oleh penyelidikan universiti. Pengira keuntungan ini memudahkan anda untuk melihat sendiri!

Jika anda tidak tahu spesifikasi kepanjangan produk kentang goreng anda, cuba dapatkan maklumat ini daripada pengedar anda. Jika pengedar anda tidak tahu, minta beliau hubungi pemproses. Lebih baik lagi, mulakan langkah dengan hanya memesan kentang goreng Extra Long Fancy Gred A USDA untuk menjamin hasil hidangan maksimum dan keuntungan daripada perniagaan kentang goreng anda.

*Stesen Eksperimen Pusat Inovasi Makanan, Kolej Sains Pertanian, Oregon State University, Portland, Oregon. 2002

Kira hasil hidangan setiap kotak berdasarkan spesifikasi kepanjangan kentang goreng dan perbezaan keuntungan daripada kes spesifikasi yang berlainan.

Untuk membolehkan pengira keuntungan memberikan anggaran hasil hidangan, masukkan peratusan dalam setiap kategori kepanjangan kentang goreng, menggantikan angka dalam contoh yang diberikan:

Peratusan dalam setiap spesfikasi kepanjangan
Jumlah < 2" Pendek 2-3" Sederhana 3-4" Panjang > 4" Pendek
Anggaran Hasil Hidangan
Harga semasa anda bagi setiap kotak
Harga Alternatif
Spesifikasi Kepanjangan Alternatif
Jumlah < 2" Pendek 2-3" Sederhana 3-4" Panjang > 4" Pendek
Anggaran Hasil Hidangan bagi Alternatif
Hasil Bersih
Perubahan Keuntungan Setiap Minggu
Kotak Dijual Setiap Minggu
Perubahan Keuntungan Mingguan
Perubahan Keuntungan Tahunan