Mengenai Kentang AS

Program Pemasaran Antarabangsa

Sebagai penanam kentang, kami percaya bahawa kualiti, kekonsistenan dan kepelbagaian produk kentang dari Amerika Syarikat (A.S.) menawarkan peluang jualan yang unik. Potatoes USA mempromosikan lima kategori produk kentang: kentang segar sajian, kentang segar untuk pemprosesan, produk kentang sejuk beku, produk kentang nyahhidrat. Matlamat kami adalah untuk membentuk pakatan perkongsian dengan anda bagi menyokong objektif bersama kita untuk meningatkan jualan dan keuntungan.

About -- International Marketing Program
  • Runcit

    Dalam soal makanan, pengguna runcit zaman sekarang mementingkan kualiti dan kesenangan. Produk Potatoes USA menawarkan kedua-duanya, dan Potatoes USA telah menjalankan penyelidikan secara meluas tentang cara peruncit boleh menambah keuntungan mereka daripada kentang.

  • Perkhidmatan Makanan

    Kepelbagaian produk dan kaedah penyediaan yang tidak terbatas menjadikan kentang sebagai salah satu produk paling serba guna untuk perkhidmatan makanan. Potatoes USA boleh membantu anda menjadikan kentang sebagai sajian paling menguntungkan dalam menu anda.

  • Bahan

    Bagi pengusaha bakeri, delikatessen, pembuat snek dan lain-lain, kentang adalah bahan baru yang memberikan satu sentuhan kelainan. Potatoes USA telah menjalankan penyelidikan untuk menunjukkan bagaimana produk kentang A.S. boleh digunakan untuk menambah kelazatan pelbagai produk dan menjimatkan tenaga buruh.

  • Perhubungan Pengguna

    Program pemasaran yang dilaksanakan oleh Potatoes USA membantu pengguna memahami khasiat pemakanan kentang dan kelazatan rasa semula jadinya.

  • Bantuan dan Pembangunan Makanan Antarabangsa (IFAD)(IFAD)

    Potatoes USA bekerjasama dengan Organisasi Sukarela Swasta, USDA dan USAID untuk memasukkan produk kentang nyahhidrat A.S. ke dalam program pembangunan dan bantuan pembangunan makanan antarabangsa. Perkhidmatan IFAD termasuk bantuan teknikal untuk organisasi merancangkan program kentang nyahhidrat.