Mengenai Kentang AS

Soalan Lazim

Apakah Potatoes USA?

Potatoes USA adalah organisasi pemasaran bagi 3,000 penanam kentang komersial yang beroperasi di Amerika Syarikat. Penanam kentang A.S. membayar yuran pentaksiran yang dikumpul untuk membiayai program umum di Amerika Syarikat dan luar negara.

Adakah Potatoes USA menjual kentang?

Tidak, Potatoes USA sebagai sebuah organisasi yang tidak mengeluarkan atau menjual kentang. Ia mempermudah jualan dengan mengendalikan program pemasaran dan promosi termasuk perkhidmatan yang berharga untuk pelanggan antarabangsa.

Adakah pemproses kentang ahli Potatoes USA?

Tidak, hanya penanam kentang A.S. adalah ahli sebenar Potatoes USA. Bagaimanapun, kami bekerjasama rapat dengan pemproses kentang A.S. dalam program pemasaran dan promosi kami.

Mengapa saya patut beli kentang A.S.?

Amerika Syarikat diiktiraf sebagai pemimpin dunia dalam pengeluaran dan pemprosesan kentang. Produk kentang A.S. menawarkan kualiti yang tinggi, kekonsistenan dan kepelbagaian jenisnya. Ini adalah faktor penting yang menjanjikan kepuasan dan keuntungan kepada pelanggan. Di samping itu, Potatoes USA memberikan sokongan pendidikan dan pemasaran untuk meningkatkan jualan anda.

Di mana saya boleh beli kentang A.S.?

Produk kentang A.S. boleh dibeli daripada pengimport dan pengedar di pasaran anda. Sila hubungi pejabat wakil Potatoes USA di tempat andauntuk mendapatkan senarai pengimport dan pengedar. Anda juga boleh mengemukakanpertanyaanterus kepada pejabat kami di Denver, Colorado, Amerika Syarikat.

Apakah yang perlu saya pertimbangkan apabila mengimport kentang dan produk kentang dari Amerika Syarikat?

Produk kentang terproses dari Amerika Syarikat boleh memasuki semua pasaran asing, sungguhpun dalam kes tertentu yang jarang berlaku dikenakan kuota. Terdapat juga pelbagai tarif dan cukai yang mesti dibayar untuk produk import. Kentang segar dan kentang benih dari Amerika Syarikat mungkin dikenakan sekatan di sesetengah negara disebabkan peraturan fitosanitasi. Untuk mendapatkan maklumat tempatan tentang peraturan import di negara anda, sila hubungi pejabat wakil Potatoes USA di tempat anda.

Adakah Potatoes USA membantu pengeluaran atau pemprosesan kentang di negara lain?

Tidak, Potatoes USA hanya membantu pemasaran kentang dan produk kentang A.S. Ini mungkin termasuk menawarkan bantuan teknikal untuk pembangunan produk baru menggunakan kentang A.S. Ia juga mungkin termasuk bantuan teknikal dalam pengendalian jenis kentang benih A.S. Bagaimanapun, Potatoes USA tidak terlibat dalam pengeluaran atau pemprosesan kentang di negara lain.

Apakah kelebihan menggunakan produk kentang A.S. dalam program bantuan makanan?

Granul dan emping kentang nyahhidrat yang dibuat dengan kentang A.S. diluluskan untuk kegunaan dalam program bantuan makanan USDA. Ia memainkan peranan yang semakin penting dalam menangani isu keselamatan makanan di seluruh dunia. Produk ini menawarkan kesenangan pengangkutan dan penyediaan, serta khasiat pemakanan yang wajar dan kebolehcernaan.

Apakah khasiat pemakanan yang dibekalkan oleh kentang?

Sayur kegemaran ramai ini bukan sahaja baik, tetapi baik untuk anda. Dengan kandungan hanya 110 kalori, sebiji kentang sederhana besar membekalkan 45% daripada nilai harian vitamin C dan lebih banyak kalium daripada sebiji pisang. Selain itu, kentang kaya dengan serat serta mineral dan vitamin lain. Kentang juga tidak mengandungi lemak, natrium, gluten dan kolesterol. Lebih penting lagi, kebanyakan produk kentang terproses mengekalkan khasiat pemakanannya. Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang khasiat pemakanan kentang A.S., klik sini.