PENGALAMAN. KEBANGGAAN. KUALITI.

Inilah yang membuatkan kentang yang kami tanam di Amerika Syarikat begitu istimewa. Kentang kami adalah hasil ilmu perladangan lestari sejak turun-temurun. Bermula dari hari kentang ditanam sehinggalah produk akhirnya dihidangkan di atas meja penggemar makanan dari seluruh dunia, kentang Amerika Syarikat mencerminkan penjagaan dan pengalaman penanam seperti kami. Oleh kerana kami menanam kentang untuk dinikmati keluarga kami sendiri dan juga keluarga anda, kami berusaha sedaya upaya menanam kentang yang terbaik.